Aku tak hina orang kerja kilang, tapi....
Aku percaya setiap rezeki dan bidang pekerjaan seseorang itu adalah bahagian masing masing. Masyarakat kita kan, bila orang kerja kilang ni dia punya pandang rendah tembus sampai ketanah bumi . Aku dulu ada juga pengalaman serba sedikit kerja kilang sementara tunggu keputusan SPM keluar.
Macam yang selalu aku nyatakan, aku orangnya jenis yang tak memilih pekerjaan asalkan halal dan mampug berdikari, tak susahkan orang. Ni pengalaman akulah, korang amik jelah yang baiknya yang buruk jadikan tauladan.
Kerja kilang sudah semestinya ada shift, ada OT. So nak jadikan cerita dulu, masa aku apply kerja kilang kat company electronic ni dia memang buka jawatan kosong untuk budak budak yang tengah tunggu SPM. So, aku pun applylah dengan member aku . Aku ingat aku dapatlah sekali dengan member aku, rupanya aku sorang je yang dapat . Tak bestlah ,takde geng.
Masa dapat tu happylah, sebab aku rasa macam aku dah boleh tolong family aku ape semua dan masa tu juga aku nak kumpul duit untuk sambung belajar peringkat diploma. Waktu dapat kerja tu, company tu akan ambil seramai pekerja yang boleh mengikut batch. Masa turn batch aku tu lebih 20 orang dapat. So, manusia 20 orang ni termasuk aku lebih kurang sebaya dan ada juga yang tua dari aku kena hadir untuk safety briefing dengan buat medical check up.
After dah selesai buat safety briefing dengan medical check up , pihak pengurusan syarikat akan bahagikan beberapa kumpulan. Dan time tu, kalau tak silap aku dibahagikan 3 bahagian. Aku tak ingat yang lagi 2. Aku ingat bahagian aku je.Aku dapat bahagian mounting board.
Hari pertama masuk kerja tu dah dikira masa buat safety briefing dengan medical check up, diaorg akan bagi uniform dan locker sekali pastu balik. Masuk hari kedua, orang yang sama batch dengan aku ada lebih kurang 7 orang masuk sekali department mounting board. Semua perempuan dan sebaya aku . Aku tak berapa ingat yang lagi 4 org. Yang aku ingat cuma tiga .
* D, F ,yah (bukan nama sebenar, nama dirahsiakan bagi tujuan menghormati rakan). Aku dengan 3 orang ni dapat sama tempat. Aku paling rapat dengan YAH sebab dia kerja memang sebelah aku.Dia tua sikit je dari aku. Baik sangat. Masa hari yang start kerja tu, kami sebagai newbie akn diberi masa seminggu utk tgok pekerja lain buat kerja. So, tercongoklah aku melihat mereka buat kerja sambil diri 12 jam ye.
12 jam berdiri ye. Bayangkanlah. Berdiri satu tempat
Memula nak adapt tu , susah jugek. Sampai sakit sakit kaki ni tapi lama lama dah biasa. Umur muda lagi time tu so macam skema skema ikut pekerja senior. Alhamdulillah aku kerja kat kilang tu, tak pernah kena buli ke apa.
Komentar
Posting Komentar
Nama ::
Request LOKER ::